ISTIADAT BERKHATAN WARISAN MELAYU

PENGALAMAN EKSKLUSIF BERSAMA KHATAN™
Bapa dan anak bergenggam tangan

Detik pertama itu hanya berlaku sekali.

Empat Detik Yang Tidak Akan Berulang

Seorang ibu membina kenangan hampir setiap hari bersama anaknya

Menyusukan...

Memandikan...

Menyiapkan pakaian sekolah...

Menemani hari-hari kecilnya...

Tetapi seorang ayah...

Sering menunggu detik-detik tertentu untuk benar-benar hadir.

Hanya beberapa detik dalam kehidupan...

Tetapi detik-detik itulah yang akan terpahat sehingga hujung nyawa.

01 / 04

Bapa mendukung bayi dalam pelukan.

Semuanya bermula dengan sebuah doa...

Suara itu mungkin tidak lagi kamu ingat...

Tetapi doa yang mengiringimu tidak pernah berhenti sejak hari itu.

Pada saat itulah...

Seorang ayah berjanji di hadapan Allah...

Untuk menjaga.

Untuk membimbing.

Dan menemani perjalanan hidupmu.

Detik pertama itu hanya berlaku sekali.

02 / 04

Bapa menenangkan Sang Teruna dalam pelukan.

Tanpa sedar... anak kecil itu sedang membesar.

Riang tawa kecil yang dahulu memenuhi rumah mula berubah.

Suaranya semakin garau.

Langkahnya semakin dewasa.

Dunia kecilnya mula dipenuhi impian dan cita-cita.

Ayah masih menggenggam tangan yang sama...

Bukan lagi kerana takut dia terjatuh.

Tetapi untuk memberinya keberanian melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.

Detik ini terlalu berharga untuk dibiarkan berlalu seperti hari biasa.

Kenangan bukan tercipta hanya kerana masa berlalu.

Ia tercipta apabila seseorang memilih untuk menjadikan satu detik itu bermakna.

03 / 04

Bapa memeluk anaknya yang berpakaian graduasi.

Anak kecil yang dahulu memegang jari ayah...

Hari ini berdiri sebagai seorang graduan.

Tidak lama lagi, dia akan melangkah membina kehidupannya sendiri.

Dan mungkin, jauh di sudut hati...

Sudahkah aku mencipta kenangan yang benar-benar bermakna sepanjang dia membesar?

Masa tidak pernah berhenti menunggu.

Cepatnya masa berlalu...

04 / 04

Bapa bersama anaknya yang berpakaian pengantin.

Hari ini... ayah melepaskan genggaman itu.

Dahulu, tangan itu digenggam supaya kamu tidak jatuh.

Hari ini, ia dilepaskan supaya kamu membina keluargamu sendiri.

Perjalanan yang bermula dengan sebuah doa...

Kini sampai ke satu destinasi yang indah.

Terima kasih...

Kerana membenarkan ayah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupmu.

Empat detik.

Empat peluang.

Empat kenangan yang tidak akan berulang.

Jangan biarkan ia berlalu...

Seperti hari-hari biasa.

SEBUAH DETIK BERNAMA BERKHATAN

Hari ini, berkhatan semakin mudah.

  1. Datang.
  2. Berkhatan.
  3. Pulang.

Tetapi untuk sebuah detik yang hanya dilalui sekali, adakah itu sahaja yang mahu kita berikan kepada mereka?

LEBIH DARIPADA SEBUAH PROSEDUR

Kerana ada sesuatu yang juga perlu kita wariskan.

  • Adat yang mengenalkan asalnya.
  • Nilai yang membentuk dirinya.
  • Pengalaman yang menghubungkannya dengan warisan bangsanya.

Bukan sekadar untuk diketahui.Tetapi untuk dilalui sendiri.

KERANA ITULAH KHATAN™ DIWUJUDKAN

Untuk menghidupkan kembali pengalaman berkhatan dalam warisan Melayu.

Sebuah pengalaman yang mempertemukan Sang Teruna dengan adat, keluarga dan akar budayanya sendiri.

Supaya warisan bukan sekadar diceritakan kepadanya, tetapi menjadi sesuatu yang pernah dilaluinya.

KHATAN™ · ISTIADAT BERKHATAN WARISAN MELAYU

Satu hari untuk Sang Teruna mengenal warisannya.

  • Satu pengalaman untuk keluarga meraikannya.
  • Satu kenangan untuk dibawa hingga dewasa.
  • Satu ketenangan untuk ibu bapa kerana ia disokong oleh standard klinikal moden.

Kami telah menyusun setiap detik perjalanan itu untuk anda sekeluarga.

Teruskan untuk melihat apa yang menanti dalam perjalanan KHATAN™.

11 DETIK. SATU PERJALANAN.

Begini Sebuah HariKHATAN™ Diraikan.

Ikuti perjalanan Sang Teruna, dari langkah pertama sehingga detik keberaniannya.

Selepas sebuah pengalaman diraikan…

Tanggungjawab bermula.

KHATAN™ MEDICAL ASSURANCE

KHATAN™ MEDICAL ASSURANCE

Di sebalik sebuah pengalaman yang indah, ada standard klinikal yang tidak dikompromi.

PRINSIP UTAMA

KESELAMATAN BERKHATAN

RAKAN KLINIKAL

Dr. Abdul Rashid Masrom, Presiden MADOCS

KEPIMPINAN KLINIKAL

Dr. Abdul Rashid Masrom

Medical Leader, KHATAN™Presiden MADOCS

Aspek klinikal KHATAN™ dipimpin bersama mereka yang memahami secara mendalam ilmu, amalan dan tanggungjawab berkhatan.

KHATAN™ mengendalikan aspek perubatannya bersama MADOCS, Pertubuhan Doktor Khatan Malaysia.

MADOCS menghimpunkan profesional perubatan dengan tumpuan kepada ilmu, kemahiran, latihan dan amalan berkhatan.

ILMU · KEMAHIRAN · LATIHAN · AMALAN BERKHATAN

Sebagai Presiden MADOCS dan Medical Leader, KHATAN™, Dr. Abdul Rashid Masrom memimpin arah klinikal serta memastikan perjalanan perubatan KHATAN™ dibangunkan dengan disiplin dan tanggungjawab yang jelas.

LAMAN RASMI MADOCS ↗

PASUKAN DOKTOR KHATAN™

Doktor yang dipilih untuk tanggungjawab yang khusus.

Bukan sekadar doktor bertugas. Doktor yang dipilih untuk peranan klinikal KHATAN™.

Pasukan doktor KHATAN™ dipilih oleh Dr. Abdul Rashid Masrom daripada kalangan pengamal yang aktif dalam prosedur berkhatan, mempunyai privileging berkaitan dan telah mengikuti latihan bagi kaedah yang digunakan dalam KHATAN™.

  1. PENGAMAL AKTIF BERKHATAN

    Doktor yang dipilih untuk KHATAN™ merupakan pengamal yang aktif mengendalikan prosedur berkhatan dalam amalan klinikal mereka.

  2. PRIVILEGING BERKHATAN

    Privileging diberikan selepas doktor melalui latihan dan aktiviti berkaitan khatan, diikuti proses penilaian serta pengesahan oleh panel MADOCS.

  3. LATIHAN MENGIKUT KAEDAH

    Doktor ditugaskan berdasarkan latihan yang relevan dengan kaedah yang dikendalikan, termasuk Laser/Kauteri, Tekno Klem dan ZSR Stapler.

  4. PEMILIHAN DI BAWAH KEPIMPINAN KLINIKAL

    Pemilihan pasukan doktor KHATAN™ dipimpin oleh Dr. Abdul Rashid Masrom, yang turut terlibat sebagai panel dalam proses privileging MADOCS.

  5. PENGALAMAN AMALAN SEBENAR

    Ramai doktor dalam rangkaian MADOCS turut mengendalikan klinik sendiri dan membawa pengalaman amalan klinikal sebenar ke dalam setiap sesi KHATAN™.

MADOCSPERTUBUHAN DOKTOR KHATAN MALAYSIA

Di KHATAN™, pemilihan doktor bermula sebelum Sang Teruna melangkah masuk ke bilik prosedur.

KERANGKA KLINIKAL

Lima langkah klinikal.Satu standard penjagaan.

01 / 05

Menilai.

Doktor meneliti keadaan dan kesesuaian Sang Teruna sebelum prosedur dimulakan.

02 / 05

Menyedia.

Persediaan dibuat dengan teliti agar proses berjalan teratur, selesa dan selamat.

03 / 05

Melaksana.

Prosedur dilaksanakan oleh doktor yang ditugaskan mengikut kaedah yang dipilih.

04 / 05

Memantau.

Keadaan Sang Teruna diperhatikan selepas prosedur bagi memastikan pemulihan awal berjalan baik.

05 / 05

Melepaskan.

Pelepasan dibuat hanya selepas penilaian akhir dan panduan penjagaan diberikan kepada keluarga.

Foto berkumpulan MADOCS

KHATAN™ MEDICAL ASSURANCE

Warisan diraikan.Standard klinikal dipelihara.

Kerana keyakinan keluarga tidak sepatutnya berakhir apabila prosedur selesai.


KHATAN CARE™

Penjagaan diteruskan selepas Sang Teruna pulang.

Panduan selepas prosedur, saluran bantuan dan rujukan susulan ke klinik MADOCS terdekat menjadi sebahagian daripada perjalanan penjagaan.

PILIHAN KAEDAH BERKHATAN

Satu Standard Perubatan.Tiga Pilihan Kaedah.

Setiap penyertaan KHATAN™ merangkumi Laser/Kauteri sebagai kaedah standard. Bagi keluarga yang mempunyai keutamaan berbeza, Tekno Klem dan ZSR Stapler turut disediakan sebagai pilihan kaedah, tertakluk kepada penilaian dan kesesuaian klinikal Sang Teruna.

KAEDAH 01 / 03

KAEDAH STANDARD KHATAN™

LASER / KAUTERI

Terbukti. Dikuasai. Dipercayai.

Laser/Kauteri merupakan kaedah standard yang disediakan bagi setiap penyertaan KHATAN™. Teknik ini telah lama digunakan dalam amalan berkhatan, sangat dikenali oleh doktor dan membantu mengawal pendarahan semasa prosedur.

Penjagaan luka dan panduan selepas prosedur diterangkan kepada keluarga sebelum Sang Teruna dibenarkan pulang. Keperluan klinikal ditentukan oleh doktor berdasarkan pemeriksaan setiap peserta.

Laser / Cautery — KHATAN™

KAEDAH 02 / 03

PILIHAN KAEDAH

TEKNO KLEM

Clamp, tanpa membawa pulang clamp.

Tekno Klem menawarkan pendekatan clamp yang berbeza daripada pengalaman clamp yang lazim diketahui ramai keluarga. Selepas prosedur selesai, clamp dikeluarkan dan kawasan prosedur ditutup menggunakan medical adhesive mengikut protokol klinikal yang digunakan.

CLAMP DIKELUARKAN SELEPAS PROSEDUR

TIDAK DIBAWA PULANG

Tekno Klem turut dibangunkan penggunaannya dalam kalangan pengamal MADOCS melalui perkongsian kepakaran serantau bersama rakan perubatan di Indonesia.

Tekno Klem — KHATAN™

KAEDAH 03 / 03

PILIHAN KAEDAH

ZSR STAPLER

Teknologi sekali guna.Proses yang terkawal.

ZSR Stapler menggunakan peranti sekali guna yang memotong kulit kulup dan memasang staples kecil pada bahagian luka dalam satu tindakan.

Saiz peranti dipilih mengikut ukuran Sang Teruna. Staples akan tertanggal secara berperingkat dalam proses penyembuhan, dengan penjagaan dan pemeriksaan susulan mengikut arahan doktor.

ZSR Stapler — KHATAN™

DI SEBALIK KHATAN™

Ada Sebab MengapaKHATAN™ Dicipta Begini.

Apabila seorang anak lelaki melalui hari berkhatan hanya sekali dalam hidupnya, saya percaya hari itu tidak seharusnya berlalu sebagai sebuah prosedur semata-mata.

KHATAN™ dibina untuk mengembalikan keluarga, adat dan makna ke dalam perjalanan Sang Teruna, sementara aspek klinikal dipimpin oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidangnya.

KHATAN™ dibangunkan oleh NOBAT sebagai sebuah pengalaman keluarga yang menyatukan warisan, pengurusan acara dan penjagaan klinikal melalui rakan pelaksana profesional.

Ada perkara yang perlu bergerak ke hadapan.
Dan ada perkara yang terlalu bernilai untuk kita tinggalkan.

Tandatangan Wazy Bakar

WAZY BAKAR

Founder, NOBAT

Creator of the KHATAN Experience™

Wazy Bakar, pengasas NOBAT dan pencipta KHATAN Experience
NOBAT Heritage Experiences

PEMILIK & PENCIPTA PENGALAMAN KHATAN™

  • EZS CONCEPT

    Rakan Pengurusan Acara & Pelaksanaan Pengalaman

  • MADOCS

    Rakan Klinikal

  • BUKIT KIARA EQUESTRIAN & COUNTRY RESORT

    Lokasi Rasmi Program

PERJALANAN INI

Kini, Tiba Giliran AndaMenjadi Sebahagian Daripadanya.

KHATAN™ dicipta untuk sebuah detik yang hanya dilalui sekali.
Sama ada anda hadir sebagai sebuah keluarga, atau mewakili organisasi yang mahu menghadiahkan pengalaman ini kepada warga kerjanya, pilih bagaimana anda mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

MENUJU FOUNDER'S EDITION

—HARI
—JAM
—MINIT

UNTUK KELUARGA

Raikan Perjalanan
Sang Teruna Anda.

Temukan pilihan penyertaan, kaedah berkhatan dan daftar untuk Founder’s Edition 2026.

DAFTAR SANG TERUNA

UNTUK ORGANISASI

Bawa Pengalaman Ini
Kepada Warga Kerja Anda.

Terokai pilihan penyertaan korporat dan bagaimana organisasi anda boleh menjadi sebahagian daripada kisah sebuah keluarga.

PROGRAM KHATAN™ KORPORAT

MASIH ADA YANG INGIN DITANYAKAN?

Setiap keluarga ada pertimbangannya sendiri.Kami sedia membantu anda memahaminya.

Sama ada anda ingin bertanya tentang perjalanan KHATAN™, kaedah berkhatan, kesesuaian anak, persediaan sebelum acara atau penyertaan korporat, pasukan kami sedia membantu.

Dapatkan maklumat yang anda perlukan sebelum membuat keputusan, dengan lebih jelas dan yakin.